Salammm!!!
Dah agak lama gambar-gambar ni diperam, sejak bulan 9, seminggu lepas balik dari indon
Masa tuh temankan mama baca puisi sempena malam puisi parit buntar. Majlis tuh diadakan di sebuah taman indah yang dibina di atas tebing sungai perak. Cantik~

Jadi, esoknya, sebelum matahari terbit saya pergi berjalan-jalan di sana dengan sebuah kamera digital dan telah "mengganggu" makcik-makcik dan pakcik-pakcik Cina yang tengah bersenam.
Kebanyakannya bersenam robik dalam kumpulan. Setiap kumpulan bawa radio masing-masing dan juga beberapa ekor doggy yang agak menggerunkan saya. Ada juga yang jogging dan ber-tai chi. Yang lepak-lepak je pun ada. Ramai yang senyum pada saya

dan beberapa orang menegur

termasuklah beberapa ekor doggy (sambil saya jalan laju-laju menjauhkan diri... nak lari malu

)